Showing posts with label PuisiKu. Show all posts
Showing posts with label PuisiKu. Show all posts

Saturday, 2 June 2012

Tangisan Rindu~~

Assalamualaikum wbt.

Anak mak sorang-sorang dalam bilik,
tapi takpa, anak tak takut pon..hihi
anak mak ingat doa yang mak ajaq bila takut,
lagipon mak ada pesan, "buat apa nak takut dengan jin, setan, depa pon makhluk Allah macam kita jugak, takut dengan Allah ja".

malam nie rasa susah plak nak tidoq,
dah pukul 3, tapi tak rasa mengantok pon,
tengah baring, amik mood nak tidoq,
anak mak nie, bukak phone, click --> Gallery --> Memory phone --> Images...
terus cari gambaq mak..

terpandang ja wajah mak,
tak berhenti aiq mata anak mak nie,
laju ja keluaq...
ya..anak mak rindu mak sangat..
"Al-Fatihah" untuk mak..
tapi mak, anak mak tak kuat,
anak mak nak jugak mengadu kat mak..
tapi macam mana???
hanya pada TUAN kita anak mak nie mengadu...

dah nak masuk 3 bulan anak mak sambung belajaq,
setiap kali kawan-kawan anak mak nie call mak depa,
anak mak hanya tahan dan sabaq..
anak mak tak boleh nak buat macam tu...
cemburu sangat mak..

tapi malam nie,
anak mak dah tak tahan lagi mak,
dah tak boleh nak simpan lagi..

bila dikenangkan balik,
sikitnya kenangan anak mak nie dengan mak,
rasa tak sempat nak cipta kenangan dengan mak,
rasa nak jadikan setiap detik kita bersama sebagai kenangan,
tapi, tak semua ada siaran ulangan...
kenapa kita tak boleh ingat balik time kita kecik-kecik dulu mak??
walaupun seremeh-remeh kejadian...


jawapan yang pasti--> Allah tidak menjadikan sesuatu itu jika tidak bersebab...

Sunday, 19 February 2012

2012 ( 3 # )

Ya Illahi,
betapa kecilnya amalan hamba jika dibandingkan dengan hamba-hamba Mu terdahulu,
banyaknya dosa-dosa hamba berbanding hamba-hamba Mu terdahulu.

namun Ya Illahi,
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui,
di dalam dunia akhir zaman ini,
dosa ibarat seekor lalat yang hinggap dimuncungnya hidung,
tidak pantas rasanya digelar Khalifah.

Ya Allah,
terkadang aku terasa sunyi,
aku alpa ada ENGKAU yang bisa menghiburkanku,
menghiburkanku dengan kalam-kalam Mu Al-Karim,
menghiburkanku dengan indahnya ciptaan-ciptaan Mu Al-Badik.

ya Rasulullah,
aku pernah menyayangi dan menyanjungi bukan mahram dengan taksub,
tidak mengendahkan dosa pahala,
tapi aku lupa pada mu ya Rasulullah,
lupa bahawa betapa engkau menyayangi umat akhir zaman ini,
di saat akhir kematian mu masih kau mengingati umat-umat mu,
masih engkau khuatiri nasib umat-umat mu,
sedangkan kami hanya mengingati mu tika kami menyembah Tuhan kita yang Esa,
di dalam tahiyat kami,
di ketika lain, kami asyik dengan hiburan duniawi,
alunan-alunan muzik yang melalaikan,
drama-drama dunia yang mengaibkan.

kini,
aku sedar betapa rindunya aku padamu ya kekasih Allah,
setelah engkau amat merindui umat-umat mu ya Rasulullah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattah, Ya Alim,
Kau semaikan dan kuatkan rasa cinta ku pada Mu dan KekasihMu,
Kau tetapkan dan teguhkan rasa keimanan ku pada Mu,
sesungguhnya aku amat merindui Mu dan Rasulullah S.A.W.



Thursday, 19 January 2012

2012 ( 2# )

bertahun pon
masih kuat ingatanku 
bersama kenangan kita,
perasaanku masih sama
cuma keadaan yang berbeza,
mungkin aku telah dibencimu,
mungkin materialistik sangkaanmu,
namun hanya yang memimpin
menjadi pilihan tulang rusukku,
yang beragama,
yang bisa membawa ke jalanNYA,
Yang Maha Agung.....
nota kau ungkap
seringkali aku baca,
aku sedar sayang kau ikhlas buatku,
tapi aku perlukan lebih tinggi keikhlasan darimu,
semoga satu hari kau akan lebih matang,
matang dalam hal agama,
hanya itu yang aku mahukan,
walau kau bukan lagi untukku...


Wednesday, 18 January 2012

2012 ( 1# )

Ya Allah...
jadikan hambaMU ini
Seorang hamba yang sentiasa Tawadhu,
jauh dari sifat riak, 
sifat yang hanya 
KAU berhak memilikinya..

aaminn yarabal'alamin....


Tuesday, 29 November 2011

Hijrah Menuju Allah

Bissmillahirahmanirahim~~

Assalamualaikum WBT.
Sempena Maal Hijrah @ Awal Muharram nie,
Terimalah~~~

Ya Allah,
Begitu banyak dan besar dosa-dosa hamba,
Segunung dosa dalam sengaja,
Tidak terhitung tidak sengaja,
Ampunkan hamba Ya Tuhan.

Bersentuhan bukan muhrim,
Berduaan bukan mahram,
Beradu kasih dengan yang haram
Hamba sadar semua itu dosa,
Dosa yang hanya bisa mendapat keampunan dari MU.

Aib saudara dijaja,
Yang buruk dicerca,
Yang jahat dihina,
Bukan dinasihat,
Tidak KAU ampunkan dosa-dosa ini,
Melainkan yang dicerca yang dihina,
Harus bagaimana memohon tanpa disakiti tanpa dibenci.

Aurat dipamer dengan bangga,
Tanpa bersalah menonjol,
Berbaju ketat berkain jarang,
Walau sedikit tidak dijaga,
Gugurkan dosaku ya Allah,
Hilangkan aibku,
Auratku hanya pada yang berhak.

Yang tua diherdik,
Tidak hirau sayu hatinya,
Sebelum terlambat bersihkan diri dengan keampunan,
Agar tidak menyesal setelah tiada.


Hijrah Menuju MU ya Allah,
Ku akui bukan mudah,
Ku sedari harus tabah,
Hanya padaMU aku meminta,
Hanya padaMu aku berharap,
Agar terus tabah melalui Hijrah FISABILILLAH...
Amin Ya Rabala'lamin~~


Wednesday, 26 October 2011

Padamkanlah~~~

Benar Cinta itu satu fitrah,
Tetapi Ya Allah,
Sekiranya perasaan fitrah itu terlalu awal bagiku,
KAU padamkanlah,
melainkan Cinta kepadaMU.

Cinta itu KurniaanMU Ya Allah,
Jika persaan fitrah itu bukan untukku,
KAU padamkanlah,
Kekalkan aku dengan Cinta RasulMU.

Ya Allah,
Rindu hadir tika perasaan fitrah itu ada,
Jika rindu itu satu dosa,
KAU padamkanlah,
Rindukan aku kepada KekasihMU.

Ya Allah,
Haruskah aku hanya menunggu,
Menunggu perasaan yang aku sendiri tidak pasti,
dimana kebenarannya,
Atau apa harus aku yang mulakannya.
Mungkinkah itu satu usaha,
Namun Ya Allah,
Sekiranya itu ke'aib'an bagiku,
Hindarkan aku dari tindakan itu,
dan PADAMKANLAH keingginan itu...

Sekiranya perasaan fitrah yang aku rasai ini benar,
Suburkanlah dengan Ketaqwaan...

Sunday, 16 October 2011

Simpati, Ayah, Kasih, Sayang & Selamanya ~~~

td aku t'buka atau lebih kpd sengaja m'buka sebuah blog someone ni yg ak cndri xknal..dia story psal ayh dia sakit..t'sentuh sgt..berat mata memandang berat lagi bahu memikul,sebak sgt ak tgk..dlm hati ak t'detik dan berdoa, smoga ayah aku sihat smpai akhir hayat dia..amin~~

Ayah,
ku akui sakit telinga aku m'dengar leteran mu,
ku tebalkan telinga demi menjaga ati mu,
namun terkadang penah juga satu suara keluar dari peti suaraku,
suara yang ak pasti tidak sedap didengar mu,
maafkan ku.

Ayah,
aku sedar semua yang kau lakukan demi kebahagiaan ku,
semua leteran mu demi kebaikan ku
aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan hingga akhir hayat mu,
insyAllah...

Ayah,
setelah pemergian mak,
ak tak snggup lagi kehilangan kau,
bagi aku, kau la segalanya,
aku tak mungkin akan kecewakan kau lagi,
aku akan lebih berhati hati dengan kata-kata dan tingkah laku ku,
maafkan ku. 

Ayah,
kau nampak garang pada zahirmu,
pada cara bicaramu,
namun ku tau,
jauh disudut hatimu,
begitu besar naluri kebapaanmu,
aku sayang pada mu.

Ayah,
disaat tingkah laku aku jelik,
kau hanya memandang,
pada masa yang sama,
aku menyedari pandangan mu itu,
aku tau kau sedang berbicara sendiri di dalam benak hatimu,
pada saat itulah ak memperbetulkan tingkahku,
lantas aku tersedar, 
itulah cara kau mengasihi ku.

Ayah,
aku pasti tiada kasih yang pasti,
selain kasihmu,
terpandang wajahmu yang sayu,
maka timbul rasa Simpati,
Ayah, aku Kasih dan Sayang kamu Selamanya ~~


p/s khas buat ayahanda yang comel, anakandamu ini sentiasa menyayangimu ~~                                                                                                                                                            

selamat menghayati~~

Wednesday, 12 October 2011

Perasaan Tak Diundang

kau datang tiba-tiba,
datang tanpa diundang,
aku keliru,
antara suka atau tidak,
rindu...itu lah kau.

Ya Allah, 
aku tau, 
rindu ini hanya pantas ku curahkan untuk MU dan juga KEKASIH MU,
rindu adalah anugerah,
namun,
adakah fitrah merindui seorang hamba.?
seorang hamba yang tiada ikatan yang sah.?
berdosakah aku Ya Allah.?


aku khuatir dijejaki dosa,
lantas aku temui jalan,
lapangkan dada,
kuatkan jiwa,
tabahkan hati,
rindu hanya padaMU,
hanya pada Rasul MU,
itulah rindu yang pasti.


Astaghfirullahal'azim~~~



Sunday, 25 September 2011

aku tinggalkan kau kerana Dia & mereka

peluang kedua aku berikan kepada kau,
jelas terasa kebahagian dalam diriku,
kau banyak berubah,
seolah-olah satu dalam beribu.

namun,
bukan aku tak cinta bukan pula aku tak sayang,
apa kan daya aku seorang khalifah,
aku harus mengejar sayang,
dan mencari cinta yang SATU 
yang pasti dan kekal abadi.

tika rajuk melanda hati,
kau datang memujuk,
kau datang menghibur,
lalu pergi semua rajuk.

bukan aku bersifat 'materialistik',
tetapi kerana tiada sekufu,
tidak tega melihat kau tersisih,
tidak sanggup biar kau bersedih.

waktu bersama, 
kau sentiasa di sisi,
setiap perkataan kau ukir,
tak pernah jemu aku berfikir,
namun dosa-dosa yang aku khuatir.

aku cuba mengajak kau keluar dari dosa,
tapi kau tak bisa,
kau menolak,
tapi aku tetap mencuba,
bimbang terkandas,
aku malu.

jangan pernah kau soal tentang cinta dan sayangku,
tiada pernah aku merasa kasih dan sayang seperti ini,
namun aku pasti kebesaran kasih dan sayang mereka ,
serta cinta Dia yang sejati,
jadi aku tinggalkan kau kerana Dia Maha Pencipta,
dan kerana mereka 'my blood'.
INSYALLAH...AMIN..




Tuesday, 23 August 2011

~~WarKah puSaRa buAt Mak~~

jasa mak x mungkin dpt anak mak ni balas,
tp sekurang-kurangnya anak mak ni nak berbakti untuk mak,
kenapa mak pergi terlalu cepat,
klu mak ada lagi
anak mak ni jnji xkn biaq mak teriak n cdih lagi,
ustaz pesan xbleh b"klu" utk bnd yg dh lpas,
walaupon anak mak ni redha tp anak mak ni mnyesal,
anak mak ni sll bt mak cdih.
maafkan anak mak ni.

satu satunya peristiwa yang anak mak ni xbleh lupa smpai la,
peristiwa yang buat anak mak ni rs sgt durhaka........

selepas dengan rasminya tamat program khidmat negara,
semua pelatih b'salaman dgn jurulatih n pelatih2 cndri,
nanges2 sbb dh nk bpisah,
lpas 2 semua pelatih blik umah termasuk la anak mak sorg ni,
sampai umah,anak mak ni trus msuk blik,
xtau la apa anak mak ni dok bt dlm blik,
langsung x jmpa mak dh smpai umah,
jahatnya anak mak ni,
tba2 dgaq sora mak nanges,
br la lari p kat mak,
dalam keadaan mak yg hanya terbaring
mak kata anak mak ni dh angp mcm mak dh xdak smbil nanges,
blik lngsng xjmpa mak,
pdhai masa br nak p mak la org last yg tggu smpai anak mak ni berangkat,
walaupon dlm keadaan mak yg sket,
mak sket saraf, mak xmcm sebelum tu,
mak hanya mampu duduk skejap n hnya terbaring.
maafkan anak mak ni..

anak mak ni rindu nak mandikn mak dengan seikhlas hati,
dlu ank mak ni seolah2 t'paksa uruskn mak..
knp anak mak ni mcm ni.??
pdahai msa anak mak kcik, mak la yg mandkn, suapkn mkn,
siapkan anak mak comel2 walaupon anak mak ni x comel mcm mak,
maafkan anak mak ni..

knp ank mak ni lambat matured.???
knp la ni br ank mak ni sdaq semua ni.??
bla semuanya dh t'lmbat..
maafkan anak mak ni..

org yg ganti mak la ni, xmcm mak,
semua org tny mcm mn dgn pnganti mak.??
anak mak ni hanya mampu t'diam,
semua org seolah2 fhm,
ssh nk dpt mak sesempurna mak,
ada hikmahnya,mungkin Allah xmau anak mak ni lupakan mak dan menghargai mak,
tp semua seolah2 dh t'lmbat.
maafkan anak mak ni..

anak mak ni cuba utk terima penganti mak
dengan sepenuh hati,
dlu msa mak ada suasana kat umah x mcm la ni,
byk yg brubah la ni,
anak mak ni teringin nk memiliki sifat mak,
anak mak rs mnyesal xsmpat belajaq masak dgn mak,
belajaq kemas rumah, jadi anak yg solehah,istri yang solehah
dan mak yg mithali,semuanya mcm mak.
maafkan anak mak ni..

surat ni dh lama anak mak ni karang,
tp br kali ni anak mak dpat luahkan,
anak mak ni xsempat nak jmpa mak utk kali t'akhir,
seblum mak dimandkn bt kali t'akhir,
knp mak xsuruh ja anak mak ni balik,??
mak mest dh tau mak akn pergi..
maafkan anak mak ni..

11 Ramadhan 3 tahun lpas,tarikh yg xmungkin anak mak lupakan,ttpi sukar utk mengingati,
dh hampir 4 taun mak pergi tinggaikn kmi semua..
namun ada beberapa soalan yang anak mak nak tanya kat  mak..
*) knp mak x paksa anak mak ni blik msa mak dh nak p.?
*) durhaka ka anak mak ni.??
*)bleh ka anak mak ni jmpa mak lagi kat akhirat nnt.??

p/s: anak mak ni sangat merindui mak, ya Allah ketemukan anak mak ni dgn mak, walaupon dlam mimpi..
      anak mak ni akn cuba hadiahkan amalan2 yg xsberapa utk mak..dan hanya sekalung doa dan Al-fatihah
      dapat anak mak hadiahkn utk mak disaat anak mak ni sangat merindui mak..MAAFKAN ANAK MAK    
      NI..~~~