peluang kedua aku berikan kepada kau,
jelas terasa kebahagian dalam diriku,
kau banyak berubah,
seolah-olah satu dalam beribu.
namun,
bukan aku tak cinta bukan pula aku tak sayang,
apa kan daya aku seorang khalifah,
aku harus mengejar sayang,
dan mencari cinta yang SATU
yang pasti dan kekal abadi.
tika rajuk melanda hati,
kau datang memujuk,
kau datang menghibur,
lalu pergi semua rajuk.
bukan aku bersifat 'materialistik',
tetapi kerana tiada sekufu,
tidak tega melihat kau tersisih,
tidak sanggup biar kau bersedih.
waktu bersama,
kau sentiasa di sisi,
setiap perkataan kau ukir,
tak pernah jemu aku berfikir,
namun dosa-dosa yang aku khuatir.
aku cuba mengajak kau keluar dari dosa,
tapi kau tak bisa,
kau menolak,
tapi aku tetap mencuba,
bimbang terkandas,
aku malu.
jangan pernah kau soal tentang cinta dan sayangku,
tiada pernah aku merasa kasih dan sayang seperti ini,
namun aku pasti kebesaran kasih dan sayang mereka ,
serta cinta Dia yang sejati,
jadi aku tinggalkan kau kerana Dia Maha Pencipta,
dan kerana mereka 'my blood'.
INSYALLAH...AMIN..