Tuesday 28 February 2012

New Legacy of...(part 2)

Assalamualaikum W.B.T (jawab salam nie, jangan baca jer.hihi)

First of all, nak wish Congratulations to Bangyon & Kak Long!!!
Haaa...entry nie nak tunaikan janji dari entri---> nie (part 1) cakap banyak, tak mau. jom ikut cik eili..(p mana?? jom jer la..hahaha..)
akhirnya..dpt jgk jumpa baby..Excited kot! haha

Ha tgk betapa excitednya..dok tepi jalan, orang lalu belakang sepak bontot  abes besepai..(besepai??? giler tipu..haha)

tu sorang lagi kanak2 excited..hihi..zahra..

Nie baby & kakaknya

Nie abang baby..polah muka cute..haha
KakLong nak sorang lagi..sorang ja lagi..hahaha


Jampi apa Haziq??


Bodyguard..haha..

No description..hahaha (tak lawak pon)
apa nama baby nie??? belom confirm lagi.. 

Oryte that's all..
Assalamualaikum W.B.T.

Monday 27 February 2012

New Legacy of ......(part 1)

Assalamualaikum WBT..(jawab salam nie jangan baca jer,hihi)

new legacy of what?? new baby born..of who's??? me?? owh hohoho obviously not...i'm not married yet okayy..hihi
of my oldest brother..alhamdulillah...yeayyy!!!! akhirnya deliver jugak, setelah overdue..1 hari lebih jer.. cant wait to meet the baby!!!! tak sempat pi tengok lagi baby.. semalam dalam pukul 10.00 something gah tunggu nak tengok MERLIN (the cutest hero ever,teesz) dapat call dari kak long, jawab jer call kak long terus tanya
eili : ha! nak beranak dah ka?? (salam pon tak bagi,teesz,)
kaklong : ha! hahaha
eili : kat mana?? (excited,haha)
kaklong : kat rumah,dok makan buger
eili : ha?? makan lagi??(faham tak, dah nak beranak pon sempat telan lagi, kalau cik eili mesti dah nebes,haha)
kaklong : tak beranak lagi la, tapi dah rasa tanda-tanda..(dalam hati curious, macam mana rasa tanda nak beranak tu,maybe blom masanya lagi, so, postpone dulu la soalan tu,hihihi)

pendek kan citer, kak long jemput pi rumah sebagai baby sitter (again)..dengan hati terbuka cik eili pon mnerima jemputan tersebut..haha
terus packing apa yang patut, inform ayah then jalan..(nek keta lah)..kelam kelibut bawak keta, bukan sebab ingat kaklong nak beranak, tapi ingat citer MERLIN yang dah nak start kol 10.30..haha (patut tak??) dalam 10 minit sampai la rumah kaklong..dekat jer.. dah sampai pon tak habes-habes lagi telan..dalam pukul 11.00 macam tu baru pi KMC..bubye suma siap..
dah abes MERLIN tengok Fifi Fairuz Fuyyoo..dah tu tidoq atas katil berimpit tiga orang dengan Haziq n Hana..

dalam kol 3.13 a.m. dapat text dari bangyon (my oldest bro) bagitau baby dah selamat dilahirkan..Alhamdulillah..
kol 3.20 a.m. dapat MMS picture baby with kaklong..next entry (part 2) cik eili letak picture okayy..nak amik picture baby banyak2 (giler excited) ..haha

pagi tadi kena kejutkan dua orang kanak-kanak bertuah tu (kenapa bertuah?? sebab cik eili baby sitternyer..haha.motif??) pi sekolah..liat betoi nak bangun si abang..sampai kena tarik kaki baru bangun..yang kakak dok sedap lagi tidoq..abang nya gah breakfast baru bangun mandi siap..kenapa cik eili tak kisah sangat dengan si kakak?? sebab kakak nie cepat, kakak dah siap tunggu dalam kereta, yang abang baru nak pakai kasut..tapi kakak tak makan la, coz kat tadika dah disediakan breakfast..

dah siap suma,pi hantaq depa dua..giler jem jalan baru dok aloq setaq..dok kl tak tau la macam mana..
okayy nanti malam cik eili masuk gambaq baby..eeeee!! tak sabaq nak jumpa baby, tapi cik eili kena keja la..petang baru boleh jumpa baby..

muka sememeh control senyum takut orang keta sebelah cakap giler senyum sorang..kuikuikui
EXCITED! OK BYE!
Assalamualaikum W.B.T.

Wednesday 22 February 2012

pemergian yang tiada peganti..

Assalamualaikum wbt. (jawab salam nie, jangan baca jer..hihi)

ada jugak la penganti dia, tapi rupa ja la,tu pon sikit-sikit..Que Haidar btoi dak?? hihi..Even i never meet him, but i think i miss him..miss his acting his singing, and i really like to watched his movie "KAMI"..never felt boring ok..and of course his song, love to heard his song..especially "Salam Terakhir", touching ok, i will cry every time i heard..sangat mendalam maksud lirik dia, macam beliau dah tau beliau akan 'pergi'...lagu-lagu dia kalau sedih, sedih sangat, kalau happy, happy sangat rasa macam nak melompat-lompat bila dengar..hahaha..for me, he is the best artist ever and the only artist i respect and my favorite artist ever...even i never meet him.. (rasa nak letak nama anak 'Sudirman' hihi..unik kan??tapi eili suka nama 'Umar' lagi..eh eh eh, macam dah nak dapat baby jer sibuk pikiaq nak letak nama baby..haha,hakikatnya kawen pon blom..)want to know more about him read this :-

-Al-Fatihah-

Gambaq nie dapat dari google, dari blog tribute to Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..untung la kan si Azhar pemilik foto nie, tittle "the legend" tu eili yang letak..hihi 

Sunday 19 February 2012

2012 ( 3 # )

Ya Illahi,
betapa kecilnya amalan hamba jika dibandingkan dengan hamba-hamba Mu terdahulu,
banyaknya dosa-dosa hamba berbanding hamba-hamba Mu terdahulu.

namun Ya Illahi,
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui,
di dalam dunia akhir zaman ini,
dosa ibarat seekor lalat yang hinggap dimuncungnya hidung,
tidak pantas rasanya digelar Khalifah.

Ya Allah,
terkadang aku terasa sunyi,
aku alpa ada ENGKAU yang bisa menghiburkanku,
menghiburkanku dengan kalam-kalam Mu Al-Karim,
menghiburkanku dengan indahnya ciptaan-ciptaan Mu Al-Badik.

ya Rasulullah,
aku pernah menyayangi dan menyanjungi bukan mahram dengan taksub,
tidak mengendahkan dosa pahala,
tapi aku lupa pada mu ya Rasulullah,
lupa bahawa betapa engkau menyayangi umat akhir zaman ini,
di saat akhir kematian mu masih kau mengingati umat-umat mu,
masih engkau khuatiri nasib umat-umat mu,
sedangkan kami hanya mengingati mu tika kami menyembah Tuhan kita yang Esa,
di dalam tahiyat kami,
di ketika lain, kami asyik dengan hiburan duniawi,
alunan-alunan muzik yang melalaikan,
drama-drama dunia yang mengaibkan.

kini,
aku sedar betapa rindunya aku padamu ya kekasih Allah,
setelah engkau amat merindui umat-umat mu ya Rasulullah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattah, Ya Alim,
Kau semaikan dan kuatkan rasa cinta ku pada Mu dan KekasihMu,
Kau tetapkan dan teguhkan rasa keimanan ku pada Mu,
sesungguhnya aku amat merindui Mu dan Rasulullah S.A.W.



Saturday 18 February 2012

Coretan Air Mata Buat Mak

Assalamualaikum mak,

Semalam, sekali lagi rindu anak mak nie pada mak tak tertahan.
Semalam, masa tengah berwirid lepas solat Maghrib,
dengan tak semena-mena, tiba-tiba perasaan rindu pada mak kuat sangat,
sampai tak sedar air mata anak mak nie laju ja mengalir,
bacaan wirid pon tersekat dalam sedu,
masa anak mak nie baca Yassin nak sedekah kan pahala dekat mak,
lagi la tersedu-sedu, banyak kali kena ulang satu ayat,
rindu sangat dekat mak...
lepas solat Isya', anak mak nie pon capai phone dengan niat nak call mak,
tapi, berapa number phone mak???
Astaghfirullahal'azim...
kenapa dengan anak mak nie???
( i wish i can call you and talk with you even just for a while )

Mak tau tak, anak mak nie kuat sangat cemburu,
cemburu bila tengok kawan-kawan anak mak nie bergambar dengan mak masing-masing,
boleh kongsi masalah dengan mak masing-masing,
boleh bermanja lagi dengan mak masing-masing,
anak mak nie cemburu sangat mak...
anak mak nie rindu nak sembang-sembang dengan mak,
rindu nak manja-manja dengan mak,
rindu nak tidur dengan mak,
rindu nak kongsi masalah dengan mak,
anak mak nie nak sangat mak dengar masalah anak mak nie,
mak selalu backup anak mak nie....

Mak tau tak, sekarang nie dah canggih,
dah ada laman web sosial nama facebook,
ayah pon dah ada, hihihi
kalau mak ada lagi, mesti mak pon ada,
semalam, anak mak nie update status dekat facebook, 
macam nie,
"i wish you were here..my mom..miss her so much...i wish i can hug and kiss her one more time and i don't want to release her ...Al-Fatihah.... "
lepas tue ayah komen macam nie,
" Buatlah amalan amalan baik untuk kita dan untuk dia mudah mudahan , di Alam lain kita bersama dia. "
rindu mak sangat-sangat...
anak mak nie harap, kita semua akan bersama sama di alam lain macam ayah cakap,
InsyAllah anak mak nie akan sedekah kan pahala kebaikan untuk mak.
InsyAllah mak...

Ayah penah cakap "ayah dan mak sayang semua anak-anak ayah dan mak"
anak mak nie pon sayang mak dan ayah..
Anak mak nie rindu mak sangat-sangat....
- Al-Fatihah -